Ummah Islamiah Malaysia

Justice for Malays

Search UIM

Monday, 25 May 2020

Masih adakah pemimpin di Malaysia yang benar-benar mahu mendengar keluhan rakyat dan menjalankan amanah dengan baik?

0 comments
#democracy #politics #ANWARUNTUKPM-9 #malaysianmirror #malasiyatiktok #tiktokmalasiya


Pemimpin yang baik dan berkhidmat dengan ikhlas akan senantiasa prihatin dengan keluhan dan permasalahan rakyat, bukan mementingkan diri sendiri dan menjaga kepentingan sendiri. Dalam senario politik Malaysia, rakyat sering dikusutkan dengan perangai pemimpin yang terlalu mementingkan pengaruh politik demi kuasa dan kedudukan. Di mana pula letaknya kepentingan rakyat? Di mana kepentingan mandat yang telah rakyat beri dalam mentadbir negara? Di manakah kepentingan amanah dalam diri pemimpin-pemimpin negara?

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ahzab, ayat 72, yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”

Ayat di atas menekankan bahawa amanah adalah sesuatu yang amat berat sehinggakan makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang lain tidak mampu memegangnya selain manusia, namun manusia sering menyalahguna amanah yang diberi, sepertimana yang berlaku dalam negara saat ini. Dengan mantan perdana menteri yang tidak habis-habis mahu dapatkan semula kuasa meskipun berkali melepaskan tanggungjawabnya, kerajaan yang terpaksa dipilih oleh pemerintah kerana perbuatan mantan perdana menteri tersebut, dan pergolakan dan perebutan kuasa antara ahli-ahli politik yang tamak, dan macam-macam lagi, rakyat sedang cuba meneruskan hidup kian tertekan, ditambah dengan kehilangan pekerjaan, pemotongan gaji, kekangan PKP, tidak dapat menyambung mencari rezeki bagi yang bekerja sendiri, dan sebagainya.  Maka, siapakah yang menjadi penyelamat rakyat? Di waktu negara sedang berhadapan dengan wabak Covid-19, rakyat terus tertekan akibat beban kelangsungan hidup, serta tidak pasti akan nasib mereka selepas berakhirnya moratorium Oktober nanti dan bantuan singkat yang disalurkan oleh kerajaan. Adakah lagi pemimpin yang mahu mendengar keluhan rakyat dan membantu mereka?

No comments:

Post a comment

Watch our videos on Youtube