Ummah Islamiah Malaysia

Justice for Malays

Search UIM

Sunday, 24 May 2020

Mengapa Mahathir masih memiliki sifat hasad dengki terhadap Muhyiddin yang terang-terang dipilih oleh pemerintah negara?

1 comments


Apabila ungkapan “hasad dengki” disebut, umat Islam pastinya teringat akan kisah Nabi Yusuf a.s. yang telah dicemburui dan dianiaya oleh saudara kandung baginda. Kisah itu terakam di dalam Al Quran sebagai salah satu contoh bahawa hasad dengki adalah satu sifat yang tidak disukai Allah s.w.t. Malangnya, sifat itu masih lagi wujud dalam diri manusia, walau apa zaman sekalipun. Pada hari ini, hasad dengki masih wujud dalam diri manusia yang imannya mungkin sehalus sehelai rambut. Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan umat Islam dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud,

“Takutlah kamu pada sifat dengki (hasad dan iri hati), sesungguhnya dengki itu dapat memakan kebaikan-kebaikanmu sebagaimana api memakan kayu bakar.” [HR. Abu Daud]

Hadith di atas dengan terang mengumpamakan hasad dengki bagai api yang membakar kayu, sebagaimana ia menghapuskan segala kebaikan pada diri manusia dan ianya mesti dijauhi. Hal ini sangat jelas dapat dilihat dalam senario politik negara yang kini didominasi oleh individu-individu tertentu yang secara terbuka memburuk-burukkan rakan politik mereka dan melakukan penentangan hanya kerana mereka berlainan keinginan dan tidak sehaluan. Lebih menyedihkan lagi, sifat itu juga disulam dengan sikap bermuka-muka mereka.

Tun Mahathir kebelakangan ini lantang bersuara menentang dan mencabar kedudukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dipilih oleh DYMM Agong sebagai perdana menteri. Rasa tidak puas hati beliau itu turut terakam dalam klip audio yang tular dan video rakaman peribadi beliau yang disiarkan di media sosial yang menunjukkan bahawa beliau seakan tidak tenang dengan keputusan itu, meskipun pada sidang Parlimen sehari pada 18 Mei, DYMM Tuanku telah memaklumkan kepada semua ahli Dewan Rakyat tentang proses yang terpaksa baginda lalui setelah Tun Mahathir meletak jawatan pada Februari lalu. Meskipun begitu, Tun Mahathir masih tetap tidak berpuas hati dan terus menyerang Muhyiddin Yassin dengan pelbagai cara termasuk mencabar Pendaftar Syarikat tentang isu peletakan jawatan beliau sebagai pengerusi Bersatu. Rasa tidak tenang beliau itu digandakan lagi dengan cabaran yang beliau tempiaskan pada rakan pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) demi mendapatkan semula kuasa dan pengaruh beliau. Persoalannya, tidakkah beliau berasa letih dengan terus berasa dengki dengan kelebihan orang lain? Dengan usia yang semakin bertambah, beliau seakan tidak mahu mengalah dari mengeluarkan kenyataan mencemuh dan mempertikai bidang kuasa pihak lain tanpa melihat diri sendiri dalam cermin. Dan apabila ada perbuatan beliau yang memakan diri, beliau cepat-cepat bertindak seperti hilang akal dengan cuba merampas semula kuasa kepimpinan agar tiada yang ingat pada kedengkian beliau. Ramai yang pasti mengurut dada acapkali beliau bertindak atau bersuara kerana tidak faham mengapa beliau masih tidak mengalah dari mencemburui Muhyiddin Yassin dan individu-individu lain yang pernah beliau jatuhkan. Laratkah rakyat hadapi pemimpin sebegini? Marilah sama-sama berdoa agar beliau diberi ketenangan dan hidayah.

1 comment:

  1. Samalah berdoa semoga kita semua mendapat hidayah daripadaNya...

    ReplyDelete

Watch our videos on Youtube