Ummah Islamiah Malaysia

Justice for Malays

Search UIM

Tuesday, 19 May 2020

Mengapa Mahathir terus baling batu, sorok tangan dan tidak mengaku salah sendiri?

0 comments


Seorang manusia yang pernah dihormati dan disegani kerana peribadi yang baik dan jasanya pasti tidak akan mengecewakan orang lain, apatah lagi pula seorang pemimpin yang terkenal. Orang yang dipimpin pastinya mahu pemimpin itu kekal baik dan berpegang pada janjinya. Amatlah sedih bila pemimpin itu semakin hari semakin melayan emosi dan menunjukkan tingkahlaku yang bertentangan dengan janji-janjinya. Siapa yang mahu percaya pada pemimpin sebegini?

Firman Allah s.w.t. dalam Surah At-Taghabun, ayat 11, yang memberi maksud:

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Ayat di atas mengingatkan umat Islam tentang kuasa Allah s.w.t. dalam menguji hamba-Nya dalam apa jua bentuk dan adalah kehendak Allah s.w.t jua pada siapa yang mahu dibimbing-Nya. Hanya dengan izin Allah s.w.t., manusia akan sama ada berasa susah atau senang dalam sesuatu ujian demi mendapat pengampunan daripada-Nya. Alangkah sedihnya, hal ini tidak pula kita lihat pada diri pemimpin negara yang kini terlalu gilakan kuasa dan pengaruh.

Tun Mahathir pernah suatu masa disanjung hebat sebagai ketua negara. Malah beliau masih menerima sanjungan itu hingga kini kerana jasa beliau meskipun tidak lagi memegang tampuk pemerintahan negara. Namun bila terjadi sesuatu perkara di luar rancangan beliau, Tun Mahathir melatah kuat dan mula menuntut semula ‘hak’ beliau sedangkan beliau sendiri yang tersilap langkah dan mengabaikan tanggungjawab beliau sebagai pemimpin negara.

Apalah lagi yang Tun Mahathir mahu dalam hujung usia ni? Kesabaran dan kepercayaan rakyat dan mereka yang pernah menyanjungi beliau semakin menjadi nipis kerana kenyataan-kenyataan beliau yang semakin merapu-rapu dan basi. Yang lebih mengejutkan, beliau semakin sudah lupa bahawa ada pihak lain yang lebih berhak untuk bersuara namun beliau tetap mahu berada di barisan hadapan. Beliau terus menyalahkan pihak lain atas apa jua peristiwa yang tidak berjalan mengikut kehendak beliau dan kian angkuh. Tidak cukupkah ‘teguran’ yang dibuat oleh DYMM Agong semasa sidang Parlimen pada 18 Mei itu? Apakah beliau tidak sedar bahawa Tuanku sendiri telah hilang kepercayaan terhadap beliau sehinggakan terpaksa memilih pengganti beliau, hanya kerana beliau sendiri yang meletak jawatan? Kegilaan kuasa, ketamakan dan kepentingan peribadi nampaknya sudah menjadi tunjang ‘perjuangan’ beliau dan ini pastinya tidak boleh diterima oleh rakyat.

Sedarlah, bila Tun Mahathir menuding jari telunjuk ke arah orang lain, jejari lain menuding semula ke arah diri beliau sendiri. Walhal sebenarnya, beliau tidak akan rugi di dunia dan di akhirat jika beliau sedar kesilapan sendiri dan bertaubat. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui lagi Maha Merancang.

No comments:

Post a comment

Watch our videos on Youtube