Ummah Islamiah Malaysia

Justice for Malays

Search UIM

Saturday, 30 May 2020

Mengapa terus berpura-pura jika masih benci, Mahathir?

0 comments

Antara tanggungjawab antara Muslim di dunia adalah menjaga hubungan mereka dengan Allah s.w.t. dan hubungan sesama manusia. Jika ada salah silap yang dilakukan, sebaiknya mereka segera memohon ampun dan tidak memanjangkan persengketaan. Namun semua itu haruslah disertai dengan hati yang ikhlas dan jujur, dan berjanji tidak mengulangi kesilapan lampau.

Sebagai rakyat Malaysia, pastinya ramai yang mahu ‘persengketaan’ di antara Tun Mahathir dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sudah memakan beberapa dekad itu lenyap terus. Oleh kerana impian itu juga, Anwar Ibrahim sanggup berlembut hati dan berbaik dengan insan yang pernah memenjarakan dan mengecewakan beliau dan keluarga sekian lama. Demi kebaikan rakyat dan negara, gabungan parti Pakatan Harapan (PH) sanggup memilih Tun Mahathir mengetuai mereka dengan harapan bahawa beliau akan melepaskan jawatan perdana Menteri itu kelak kepada Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan. Namun begitu, kesabaran rakyat terus tercabar apabila Tun Mahathir enggan menunaikan janjinya sehinggalah berlakunya Langkah Sheraton yang membawa kepada pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8. Dan pengakuan Tun Mahathir sendiri yang tidak sukakan Anwar Ibrahim sampai bila-bila turut membayangkan sikap kepura-puraan beliau yang kini mahu bersama pemimpin PKR itu. Sampai bila beliau mahu begini? Marilah sama-sama kita berdoa agar beliau sedar dan berjiwa tenang tanpa perlu merebut-rebut apa yang bukan hak beliau lagi demi rakyat, negara dan agama. Moga Allah s.w.t. lembutkan hati beliau untuk berubah. Amiin.

No comments:

Post a comment

Watch our videos on Youtube