Ummah Islamiah Malaysia

Justice for Malays

Search UIM

Monday, 8 June 2020

Mengapa Muhyiddin terus mengangkat pemimpin kleptokrat yang disanggah rakyat?

0 comments

Dalam ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang memerintah, timbul desas-desus yang mengatakan bahawa nama mantan perdana menteri ke-6 Dato’ Seri Najib Razak bakal kembali mekar di persada politik Malaysia. Terdapat juga cadangan oleh beberapa ahli politik agar Najib Razak kembali memegang tampuk pemerintahan negara dan juga UMNO/Barisan Nasional (BN). Allahu akbar… adakah ini benar? Sebagai rakyat Malaysia, adakah ia akan dibiarkan berlaku?

Sebagai perdana menteri, meskipun bukan yang dipilih oleh rakyat, Muhyiddin Yassin merupakan sandaran mereka dalam usaha memerangi pelbagai isu kehidupan, ekonomi dan kesihatan negara di saat ini. Dan sebagai seorang yang mempunyai didikan agama yang baik, pastinya beliau tidak boleh membiarkan negara terus dihenyak dengan pelbagai isu rasuah dan salahguna kuasa dan kepentingan sepertimana yang pernah berlaku semasa pemerintahan Najib Razak. Sedangkan DYMM Agong telahpun mengingatkan kesemua ahli Parlimen pada 18 Mei lalu agar tidak membenarkan negara kembali terpalit dengan rasuah, takkanlah beliau sanggup terus mengangkat mantan pemimpin negara dan pemimpin lain yang sudah disabit dengan pelbagai kes rasuah dan pengubahan wang haram, terutama Najib Razak yang telah mengakibatkan negara menanggung malu yang besar? Tidakkah Muhyiddin sedar bahawa mantan perdana menteri ke-6 itu dibenci rakyat sehinggakan terjadinya perubahan besar kepada pentadbiran negara semasa PRU-14 pada 2018? Rakyat yang sering menjadi mangsa kerana harapan dan suara mereka sering diabaikan bila kuasa dan wang ringgit menjadi raja dalam diri pemimpin mereka.

Dalam Islam, seorang pemimpin yang dilantik hendaklah meletakkan tanggungjawab menegakkan keadilan sebagai agenda utama dalam hidup mereka. Dan sekiranya keadilan itu dicabul, maka seluruh umat manusia harus bersiap sedia menghadapi balasan daripada Allah s.w.t.  Hal ini bertepatan dengan peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Apabila dikhianati amanah maka tunggulah kiamat. Lalu ditanya, ‘wahai Rasulullah bagaimanakah mengkhianatinya?’, sabda baginda: ‘Apabila diserahkan kepimpinan bukan kepada ahlinya maka tunggulah kiamat’.”

Moga Allah s.w.t. mengampuni kita semua dan melindungi kita daripada pemimpin yang tidak amanah.

No comments:

Post a comment

Watch our videos on Youtube