Ummah Islamiah Malaysia

Justice for Malays

Search UIM

Tuesday, 2 June 2020

Wahai PAS, soal restu malaikat dan gegaran hati syaitan bukan urusan politik manusia!

0 comments
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

Sahabat Muafakat Nasional (MN) UMNO iaitu PAS baru-baru ini menulis di Harakahdaily bahawa penubuhan MN adalah suatu keajaiban dalam sejarah Islam negara kerana berjaya menyatukan pemimpin dan ahli beragama Islam demi menjaga bangsa dan agama. Dalam penulisan tersebut oleh Mokhtar Senik, turut diselitkan bagaimana hebatnya penyatuan itu yang turut “menggegarkan hati syaitan” dan  para “malaikat di langit melaungkan Takbir sehingga bergema ke seluruh penjuru alam”. Allah… meremang bulu roma bila membaca perenggan demi perenggan tulisan tersebut. Bukan meremang kerana tersentuh, tetapi bimbang dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh sipenulis tentang perkara di luar kemampuan manusia yang ghaib. Mengapa tidak sebut sahaja bahawa penyatuan MN ini dibuat demi mendapat keredhaan Allah s.w.t.?

Usaha menguatkan ummah memang dituntut dalam Islam, malah seharusnya dijadikan tunjang kepada kesefahaman dalam menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. dan juga dengan manusia. Namun sekiranya ada berlaku penipuan, pengkhianatan, dan ketidakadilan dalam membina penyatuan itu dan ada pihak yang teraniaya dan tertindas, maka tiada berkatlah ia. PAS seharusnya lebih maklum dengan janji dan hukum Allah s.w.t. bila bersekongkol dengan sebuah parti yang diketahui korup seperti UMNO. Mengapa diteruskan ‘perjanjian’ itu sekiranya ia hanya akan merugikan rakyat?

Apabila Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita tentang 15 perkara maksiat yang akan menurunkan bala seperti yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. dalam Riwayat Tirmizi, antaranya, “Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu; apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan…”, tidakkah harus umat Islam bimbang akan balasan Allah s.w.t. ke atas mereka? Baru-baru ini setelah kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya mengambilalih tampuk pentadbiran negara, pelbagai berita tentang pemberian jawatan-jawatan penting dalam GLC diberikan kepada individu-individu yang terpilih termasuk ahli PAS. Begitu juga dengan tersebarnya kisah ketamakan pemimpin-pemimpin merebut jawatan tertinggi dalam negara demi mengejar kuasa dan harta. Hal ini menyedihkan rakyat yang sedang bertarung meneruskan hidup dalam suasana ujian getir wabak Covid-19. Sememangnya wabak yang melanda dunia ketika ini bukanlah diminta oleh manusia, namun Allah s.w.t. berkuasa atas setiap sesuatu. Ini suatu ujian besar ke atas umat Islam yang selama ini lupa, tamak dan haloba. Dan bagi senario politik Malaysia ketika ini, nampaknya pemimpin-pemimpin politik termasuk yang kononnya berlabelkan Islam turut lupa tanggungjawab mereka terhadap rakyat. Sampai bilakah ini harus dibiarkan? Mengapa PAS turut berubah apabila disajikan dengan pengaruh, kuasa dan wang ringgit? Moga Allah s.w.t. memberi hidayah kepada kita semua agar tidak terus hanyut dalam hal dunia.

No comments:

Post a comment

Watch our videos on Youtube